Thursday 4 April 2013

BMM3105(PPG):SENARAI BLOG DAN PENGISIAN


BMM3105(PPG):SENARAI BLOG DAN PENGISIAN


AKTIVITI 1

i. Cara guna enjin carian.

Berikut adalah beberapa kaedah yang betul untuk mendapat carian maklumat yang tepat dan pantas menggunakan enjin carian di Internet iaitu:-

1. Penggunaan kata kunci atau terma yang unik dan spesifik dalam suatu carian yang dibuat.

2. Penggunaan tanda tolak (-) dalam kata kunci pencarian. Fungsinya  untuk memperkecilkan skop carian. Enjin carian akan menghasilkan keputusan di luar jangka terutama kata kunci yang digunakan mempunyai beberapa maksud. Tanda berfungsi secara logik sebagai TIDAK atau penafian bagi sesuatu makna dalam kata kunci carian. Ia akan membuang beberapa keputusan carian yang tidak berkenaan. Sebagai contoh, kata carian berkenaan haiwan, kerbau. Maka segala yang berkaitan dengan kerbau akan dipaparkan seperti Kerbau Enterprise, nama bagi sebuah syarikat, kertas dan lain-lain. Jadi, boleh menggunakan tanda tolak untuk tidak merangkumi maklumat-maklumat yang tidak berkaitan tersebut seperti - Enterprise - Ker dan lain-lain.

3. Penggunaan tanda pengikat kata (" ") bagi mendapatkan kata kunci yang lebih bersifat spesifik dan merangkumi segala kata kunci tersebut. Ia tidak akan mencari maklumat secara umum yang berkaitan dengan kata kunci yang dicari. Ia adalah satu cara bagi mengurangkan paparan maklumat yang tidak betul, tidak berkaitan dan tidak tepat dalam sesuatu carian.
Contohnya adalah seperti kata kunci atau carian perkataan, "Membujur lalu melintang patah".

4. Pengunaan huruf besar dan huruf kecil. Kebanyakan enjin carian tidak membezakan sesuatu perkataan yang sama dengan huruf kecil, huruf besar dan yang berada dalam pengikat kata. Sebagai contoh, kesemua perkataan yang berikut adalah sama dalam enjin carian.
*Perpaduan
*perpaduan
*PERPADUAN
nPerpaduan
nperpaduan

5. Tidak menggunakan perkataan kebiasaan dan tanda seruan. Ini kerana kebanyakan enjin carian akan abaikan perkataan kebiasaan yang digunakan dalam ayat untuk bahasa Inggeris seperti and, a, the, an, is dan lain-lain.  Namun begitu, ia boleh digunakan dan enjin carian akan mengambil kira dalam proses carian sekiranya ia berada dalam pengikat kata (" ").

6. Penggunaan fungsi AutoComplete dalam enjin carian. Penyusunan terma kata carian daripada secara umum kepada yang lebih spesifik dalam kotak carian dapat membantu memaparkan keputusan yang tepat dalam bentuk senaraian pada kotak carian tersebut.Cara yang berkesan menggunakan fungsi AutoComplete dalam enjin carian. Pemilihan item yang bersesuaian menjimatkan masa untuk menaip sesuatu terma carian.Berfungsi bukan sahaja  dalam enjin carian seperti Google tetapi juga pada pelayar web atau brwoser seperti Internet Explorer, Mozilla Firefox dan lain-lain.

7. Elakkan menggunakan kata carian berbahasa Inggeris yang mempunyai imbuhan perkataan seperti ballstestedwalking dan lain-lain.Gunakan perkataan asas seperti balltestwalk dan lain-lain bagi mengurangkan paparan maklumat yang tidak tepat dalam menggunakan enjin carian.Namun begitu, sekiranya carian maklumat memerlukan perkataan reading. Gunakan perkataan reading dalam carian maklumat kita.

8. Penggunaan Browser History atau fungsi sejarah dalam pelayar web seperti Internet Explorer, Mozilla Firefox dan lain-lain.Ada kala alamat laman web yang sudah kita layari untuk dapatkan maklumat dan menggunakan enjin carian semula akan paparkan banyak maklumat yang perlu kita perhalusi satu demi satu.Jadi, alamat laman web yang sudah kita layari sebelum ini boleh diperolehi semula di bahagian Browser History ini dan perlu mengingat masa dan tarikh laman web tersebut dilayari menggunakan pelayar web tersebut.

9. Hadkan masa carian dan tambahkan dengan pelbagai cara carian. Sekiranya dalam masa tertentu, masih belum menjumpai maklumat yang dicari, kita perlu ada kaedah atau perancangan yang lain seperti berikut:-
-Penggunaan enjin carian yang lain seperti Yahoo!, Lycos, Bing dan lain-lain.
-Membuat pertanyaan dengan menghantar soalan ke forum-forum elektronik yang berkaitan.
-Menggunakan pakar carian maklumat yang boleh membantu.
-Membuat panggilan telefon untuk sesuatu bantuan atau pertanyaan.
-Bertanya soalan atau maklumat tersebut kepada rakan taulan.

10. Perincikan carian maklumat yang dibuat.Beberapa simbol boleh diguna pakai dalam carian bagi menambahkan kespesifikan carian dan mengurangkan skop carian. Ia dapat mengurangkan paparan maklumat yang tidak sesuai. Di antaranya adalah seperti berikut:-
-Tanda tambah ( + ) - Enjin carian akan abaikan perkataan sambungan atau yang biasa digunakan dalam ayat seperti is, are, and dan sebagainya. Sekiranya perlu untuk kita masukan perkataan tersebut boleh menambah simbol tambah ini dipermulaan perkataan tersebut seperti giant +and city. Jadi, carian tersebut akan memaparkan segala maklumat berkenaan perkataan tersebut termasuk perkataan and.

-Tanda aliran ( ~ ) - Dengan penambahan tanda ini didepan sesuatu perkataan, enjin carian akan mencari maklumat perkataan tersebut dan maklumat yang sinonim dengan perkataan tersebut. Namun begitu, tidak kesemua perkataan berupaya mendapatkan hasil yang baik dengan tanda ini terutama sekali perkataan singkatan dan mepunyai banyak makna seperti HTML, CSS, HTTP dan lain-lain. Contoh penggunaanya adalah seperti berikut, ~ HTML.

-Tanda asterik ( * ) - Ia digunakan untuk mencari sesuatu perkataan bersama dengan terma lain yang tidak diketahui seperti berikut, pendekar *. Namun begitu, ia tidak boleh digunaka untuk sebahagian daripada perkataan seperti pendekar m*. Hasil carian akan memaparkan segala maklumat berkenaan dengan pendekar dengan tambahan apa-apa perkataan yang lain.

-Tanda atau ( OR ) atau ( | ) - Ia digunakan untuk mencari salah satu perkataan-perkataan carian yang sesuai. Sebagai contoh, kenangan indah akan memaparkan maklumat kedua-dua perkataan tersebut tetapi kenangan | indah akan memaparkan kesemua maklumat berkenaan salah satu daripada perkataan carian tersebut.

-Julat penomboran - Perincian sesuatu carian yang bernombor boleh dikecilkan skop cariannya dengan menyatakan julat dan jenis pengukuran bagi nombor tersebut. Sebagai contoh, Windows Server 2005 .. 2008, iPad RM100 RM200 dan lain-lain.

-Penggunaan carian pintar atau Advanced Search yang mempunyai banyak pilihan dan kriteria untuk mengecilkan lagi skop carian seperti tarikh, negara, bahasa dan lain-lain. Ia boleh digunakan dengan mengklik butangnya yang terdapat di sekitar kotak carian.

-Penggunaan fungsi Wonder Wheel dalam enjin carian Google merupakan satu kaedah pencarian yang mengecilkan skop carian kepada carian yang lebih spesifik pada sesuatu perkara.Ia boleh dibuat carian menerusi kotak carian Google.Kemudian klik kepada perkataan Wonder Wheel disebelah tepinya.Segala apa yang dibincangkan sama ada ia merupakan satu kaedah carian atau alat carian adalah merupakan perkara penting. Ini berguna untuk kita mendapatkan carian maklumat yang hampir tepat dalam masa yang pantas.
Segala maklumat yang tidak perlu dapat dihindarkan daripada paparan enjin carian.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0509&pub=Utusan_Malaysia&sec=Megabait&pg=me_01.htm#ixzz2PPxAhkJ3
© Utusan Melayu (M) Bhd


ii. Empat pautan berkaitan cara guna enjin carian

a.Google
b. Internet Explorer
c. Mozilla
d Firefox

AKTIVITI 2

i. Sediakan katalog alamat internet(url)berdasarkan butiran berikut:

               4  web berita

  1. http://www.bharian.com.my/
  2. http://www.kosmo.com.my/
  3.  http://www.hmetro.com.my/
  4. http://www.tv3.com.my/

              4 web/blog pembelajaran Bahasa Melayu

  1. http://pengajian-ipg.blogspot.com/2
  2. http://www.tutor.com.my/tutor/archives/cadfpp/hsp/upsr/bm/
  3. http://mradhabmm3105.blogspot.com/2012/02/tapak-pembelajaran-bahasa-melayu-tahun.html
  4. http://bobezani.tripod.com/teknik.htm
           4 web/blog berkaitan sastera/bahasa/seni/budaya


i. Masukkan artikel Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet sebagai 'posting' blog anda.

   Seperti yang terdapat di dalam blog saya.

AKTIVITI 4

  1. Refleksi membina blog
Pengalaman saya membina blog menggunakan tapak blogger.

Pendapat saya tugasan membina blog ini merupakan satu cabaran kepada saya dan tidak mampu bagi saya melakukannya dengan baik.Banyak kekangan atau halangan yang saya lalui untuk membina blog ini. Antaranya ialah saya sibuk dengan aktiviti-aktiviti di sekolah dan tanggungjawab di rumah.Saya akui tidak mahir langsung menggunakan tapak blog ini dan memerlukan masa yang agak lama untuk membina blog sehingga menimbulkan tekanan tambahan pula memikirkan kerja kursus subjek lain yang belum siap.

Pengalaman membina blog ini memerlukan saya menjadi seorang yang lebih penyabar,teliti dan  mengikut arahan atau procedur yang ditentukan oleh pensyarah.Selama ini saya hanya mendengar dan melayari blog orang lain untuk mencari bahan sebagai rujukan tetapi agak sukar bagi orang seperti saya untuk membina blog dan membuat posting.Timbul kerisauan di hati saya dan berasa sedikit kecewa dengan kekurangan pengetahuan yang ada pada diri ini.

Apabila dapat melakukan posting,baru saya berasa sedikit lega walaupun masih tidak berpuas hati dan terfikir bagaimana saya boleh melakukannya walaupun lambat.Membina blog ini mempunyai pelbagai tarikan dan keunikan tersendiri yang mencabar kebolehan saya namun begitu ia memberi satu informasi baru dan memerlukan saya menambah kemahiran berkaitan Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta perlu merancang dengan lebih baik lagi.

Saya juga mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan terima kasih kepada rakan sekumpulan yang banyak membantu saya.Begitu juga rakan-rakan saya di sekolah yang membantu dan menerangkan dengan lebih teperinci berkaitan dengan pembinaan blog ini.Tinggi penghargaan kepada pensyarah atas bimbingan , bantuan dan tunjuk ajar menjadikan saya seorang yang lebih berilmu walaupun tidak sehebat seperti blog yang dibina oleh orang lain.Sesungguhnya segala kabaikan dan kehebatan datangnya dari Allah dan kelemahan itu dari diri saya sendiri.



AKTIVITI 5

3 posting berkaitan pendidikan bahasa Melayu(nyatakan sumber)

1. MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU MELALUI SISTEM PENDIDIKAN

Jika hendak melihat apa yang berlaku pada masa hadapan,lihatlah generasi muda pada masa kini.Bermakna sistem pendidikan merupakan landasan terbaik untuk membentuk generasi kita merealisasikan aspirasi negara.Sekolah dan institusi pendidikan diumpamakan seperti tapak untuk menyemai benih generasi pada masa depan.Kurikulum sekolah pula merupakan inti pati disuntik dalam jiwa dan minda mereka.Jesteru itu,sekiranya hendak membina,membentuk dan menyemai mengikut acuan sendiri untuk memartabatkan bahasa Melayu generasi muda inilah tempatnya.

Saranan Profesor Dr Awang Sariyan dalam majlis Bicarawara Bahasa di Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu,Melaka iaitu pembudayaan bahasa Melayu melalui sistem pendidikan perlu dimantapkan semula.Bermula dari prasekolah hinggalah ke pengajian tinggi.Penegasan perlu diberi kepada usaha pembudayaan bahasa sebagai asas peneguhan tamadun bangsa Melayu dalam dua aspek:

i. Pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam proses pemerolehan dan pemgembangan ilmu selaras dengan perancangan Jawatankuasa Pelajaran Razak 1956 dan diperkukuhkan oleh Jawatankuasa Penyemak Pelajaran Rahman Talib 1960 termaktub dalam Akta Pelajaran 1961 dan Akta Pendidikan 1996.

2. Pembudayaan bahasa yang baik,teratur,santun dan mewakili budaya tinggi melalui kegiatan kokurikulum hingga ragam bahasa tidak rasmi seperti bahasa khidmat pesanan ringkas(sms) tidak menggugat bahasa yang mewakili buaya teras.

Meskipun telah lima puluh tahun lebih kita merdeka,wajar pihak-pihak tertentu melihat semula kandungan yang ada dalam sistem pendidikan.dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu dan meningkatkan lagi pelaksanaan serta penguatkuasaan.

Sedarlah kalau bukan kita siapa lagi yang perlu diharapkan untuk menggalas tanggungjawab.Tidak mencukupi hanya sekadar membicarakan dasar dan menggubal akta tetapi peranan yang perlu kita mainkan untuk mencapai matlamat ini.

Sumber maklumat:Berita Harian melalui
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/36-mengenai pendidikan/7323-Memartabatkan-bahasa-melayu-melalui sistem-pendidikan- html

2. FUNGSI BAHASA MELAYU DALAM PENDIDIKAN

Kementerian Pengajian Tinggi mewajibkan kesemua 65 ribu orang pelajar asing yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi Awam(IPTA) dan (IPTS) mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu.Kalangan pejuang bahasa menganggap sebagai langkah meletakkan semula kedudukan kedudukan bahasa Melayu dalam sistem pengajian tinggi negara ini.

Penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar asing membolehkan mereka memahami budaya setempat sekali gus menambah bilangan penutur bahasa Melayu di peringkat antarabangsa.Terbukti dalam sejarah,bahasa Melayu mampu menjadi bahasa lingua franca.Sejak dari zaman kegemilangan Kesultanan Melayu lagi bahasa Melayu ditutur oleh pedagang dari Arab,China dan Eropah.Pada masa itu dianggap sebagai bahasa perpaduan dan bahasa komunikasi antarabangsa.

Dalam Laporan Razak 1956 dinyatakan bahawa tujuan dasar pendidikan negara adalah untuk menyatukan murid yang berlainan bangsa di bawah satu sistem pendidikan kebangsaan iaitu sebagai bahasa pengantar dan dapat membentuk perpaduan kaum di  negara ini.Begitu juga dalam Laporan Rahman Talib bertujuan untuk mengukuhkan perpaduan kaun dan memantapkan lagi kedudukan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan kebangsaan.

Sumber:
Oleh Rohaidah Mashudi dan J.Sham Wahid
http://dwnmasyarakat.dbp.my/?p=14

3. MBMMBI PERKASAKAN BAHASA MELAYU

Kerajaan melalui Kementerian Pelajaran secara rasmi telah memansuhkan pelaksanaan dasar pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris(PPSMI) di sekolah pada 8 Julai 2009 dan menggantikannya dengan MBMMB.Ini sebagai usaha menyeluruh bagi memastikan seluruh pelajar rendah dan menengah mampu menguasai kedua-dua bahasa tersebut pada tahap yang terbaik.

Pelaksanaan dasar baharu dibuat setelah kerajaan mengambil kira pelbagai pandangam masyarakat,sarjana dan pelbagai pihak.Antara kajian yang dijalankan ialah PPSMI didapati tidak mencapai objektif seperti yang dirancang kerana sebahagian besar prelajar terutama dari kawasan pedalaman,sukar memahami mata pelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris dan mengambil masa yang lama untuk memahami konsep kedua-dua mata pelajaran tersebut.

Kesukaran tersebut memaksa guru mengajar dalam bahasa Melayu supaya murid dapat memahami kedua-dua mata pelajaran.Selain itu terdapat sebilangan guru yang tidak menguasai istilah dalam bahasa Inggeris untuk menjelaskan sesuatu topik.

Berbeza dengan konsep dan dasar MBMMBI,dasar baharu itu memberi penekanan dalam aspek Pengajaran dan Pembelajaran dalam bahasa Melayu dan pada masa ayang sama,bahasa Inggeris diperkukuhkan menerusi pendekatan yang lebih berkesan.Ekoran daripada itu,sekolah kebangsaan dan sekolah menengah hendaklah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengatar dalam P&P bagi mata pelajaran Matemati dan Sains.Manakala Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Dan Tamil dibenarkan menggunakan bahasa pengantar masing-masing.

Pada 5 Ogos 2009,Mesyuarat Jemaah Menteri memutuskan supaya dasar MBMMBI dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai tahun 2010.Proses peralihan ini bertujuan membantu guru dan murid menyesuaikan diri dengan perubahan dasar tersebut.

Kerajaan memeperkenalkan MBMMBI dan memansuhkan PPSMI harus dihormati dan diterima baik semua pihak kerana pemansuhan tersebut tidak bererti kerajaan mengabaikan kepentingan bahasa Inggeris

Oleh Azman Ismail
Dipetik dari Dewan Bahasa
Sumber: http://dwnbahasa.dbp.my/?p=577

AKTIVITI 6

2 posting motivasi/tazkirah(nyatakan sumber)



-Tidak suka mengerjakan solat
-Suka bercakap bohong kpd suami
-Suka berhias utk selain suaminya
-Tidak mensyukuri kesenangan yg diberikan oleh suami
-Tidak menghurmati suami
-Suka mencari musuh
-Sombong
-Tidak takut kepada Allah sedikit pun
-Tidak mahu mengaku salah bila buat salah
-Tidak mahu minta maaf kepada suami
-Tidak boleh dinasihati olih siapa saja
-Degil dan keras kepala
-Merasakan diri lebih baik dari orang lain
-Suka berpoya-poya
-Malas melakukan amalan baik seperti membaca quran, selawat dan istighfar
-Suka memandang rendah kepada orang lain


Telah diriwayatkan dari Ibnu Abbas satu hadith marfu bahwa Rasulullah Shallallahu alaihi wa salam bersabda

“ Aku melihat neraka dan sama sekali belum pernah melihat pemandangan seperti hari ini. Aku melihat kebanyakkan penghuninya adalah para wanita “.

Para shahabat bertanya : “ Mengapa wahai Rasulullah ? “.
Rasulullah menjawab : “ Karena kekufuran mereka “.
Rasulullah ditanya, “ Apakah mereka kufur terhadapAllah ? “.

Rasulullah bersabda “ Mereka kufur terhadap suami dan mengingkari kebaikkan. Jika engkau berbuat baik kepada salah seorang dari mereka sepanjang masa. Kemudian dia menemukan sesuatu yang dia benci pada dirimu, maka dia akan berkata : “ Aku sama sekali tidak pernah melihat kebaikkan pada dirimu. “

Semuga kita semua dijauhkan olih Allah daripada bersifat dgn sifat yg akan membinasakan kita didalam neraka Allah…



Terdapat beberapa perkara yang dapat dihighlightkan di sini: 

Pertama:
Kita malas ke surau/masjid bukan kerana kita malas.. Tetapi kerana surau atau masjid itu sendiri tidak merindui kita. 

Kedua:
Mengapa surau atau masjid tidak merindui kita? 
Jawapan: Kerana kita tidak menghormatinya. 

Ketiga:
Apakah contoh perbuatan tidak menghormati surau atau masjid? 
Jawapan: Bercakap2 di dalamnya.. Membuang masa, membuat perkara2 lagha...Begitu juga dengan ilmu dan Al-Quran. 

Keempat:
Mengapa kita belajar tetapi tidak lekat di kepala? Mengapa kita menghafaz tetapi cepat lupa?
Jawapan: Bukan kerana kita yang pelupa.. Tetapi ilmu atau ayat quran tersebut yang rasa tidak dihormati lalu lari dari kita. 

Kelima:
Antara contoh tidak menghormati Al-Quran atau ilmu ialah meletakkan Al-Quran atau kitab2 di tempat yang rendah. 

Keenam:
Selain itu, syeikh juga menggalakkan kita untuk berzikir sebanyak2nya..Antaranya.. Subhanallah (ianya akan memenuhi timbangan) danAlhamdulillah (ianya memenuhi langit dan bumi). 

Ketujuh:
Banyakkan membaca bismillah (insyaAllah akan mendapat pertolongan Allah).

Kelapan:
Amalkan Surah Al-Fatihah dan dibacakan kepada air 7 kali lalu diminum.. Insya Allah.. Sembuh penyakit (baca dengan yakin..)


Tazkirah Ringkas Dari Syeikh Nuruddin Al Banjari Al Makki.. HASIL NUKILAN N.A.M.N Jan15,2012 
http://jsny.blogspot.com/2012/01/tazkirah-ringkas-dari-syeikh-nuruddin.html

AKTIVITI 7

2 posting yang membicarakan tentang Pelan Pembangunan Pendidikan(nyatakan sumber)

1. LAPORAN AKHIR PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA AKAN DIUMUMKAN DALAM MASA TERDEKAT.

Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud berkata pelan tersebut adalah hasil kaji selidik kementerian bermulaSeptember 2011 hingga Mac lepas ke atas 8 000 responden terdiri daripada guru,ibu bapa,pelajar serta orang awam seluruh negara.

Kaji selidik itu bertujuan untuk memperbaiki sistem pendidikan negara hingga tahun 2025 sebagai inisiatif memperkasakan dan mengantarabangsakan sistem pendidikan negara.Kaji selidik itu perlu bagi memastikan penyediaan kurikulum pendidikan terbaik dalam usaha membangunkan modal insan pelajar yang bukan sahaja cemerlang akademik tetapi berjaya ditransformasikan nilai sahsiah mereka sekaligus menjadikan Malaysia sebuah negara yang mampu bersaing di peringkat global.

Pelan ini menyentuh pembabitan ibu bapa,masyarakat setempat,syarikat berkaitan kerajaan(CLG)dan pihak swasta dalam menyalurkan bantuan dari segi luahan idea serta pendapat bagi merealisasikan pelan tersebut.

Laporan awak PPPM yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 11 September lalu mempunyai  tiga fasa.Berlangsung selama 13 tahun bermula dari 2012 hingga 2025.Semakan semula akan dibuat lima tahun sekali mulai 2015.Laporan tahunan akan dikeluarkan bagi membantu perkembangan yang dicapai.

Sementara itu,Program Sentuhan Ilmu Petronas(PSIP) yang dijalankan Petronas sejak 2012 merupakan program tanggungjawab sosial bertujuan menyokong visi bidang pendidikan negara.Sehingga Februari,kira-kira 3 oo0 orang murid Tahun Empat hingga Enam dari 52 buah sekolah seluruh negara dengan bantuan 400 guru serta 700 fasilitator sukarelawan Petronas terlibat dalam program ini.

PSIP memberi penekanan kepada tiga subjek teras iaitu bahasa Inggeris,Matematik dan Sains serta satu sesi bukan akademai 'Fun LearningSession' yang diselia oleh sukarelawan Petronas.Pertonas juga memperluaskan PSIP ke beberapa sekolah di Pengerang,Johor dan Sabah bermula tahn ini.

BERNAMA
Sumber:http://mstar.com.my/cerita.asp?sec=mstar berita&file=/2013/3/2/mstar berita/20130302194249

2. 4 INISIATIF DALAM PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA DALAM 100 HARI.

Kementerian Pelajaran memberi tumpuan utama terhadap empat inisiatif dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(PPPM) dalam tempoh 100 hari pertama tahun ini.

Inisiatif pertama ialah memperkenalkan program 'School Improvement Partners(SI Partners) Plus and School Improvement Specialist Coaches(SISC)plus' di Kedah dan Sabah dalam usaha membimbing guru bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia,Bahasa Inggeis(BI) dan Matematik,terutamanya di sekolah-sekolah yang berada dalam Band lima,enam,tujuh.

Kedua-dua program memberi faedah kepada pegetua,guru besar dan guru.Contohnya,melalui melalui SISC
plus guru berpeluang mendapat latihan selaras dengan keperluan mereka.

Inisiatif  kedua ialah menilai 70 000 orang guru opsyen BI melalui ujian Penempatan Cambridge.Guru dibahagi mengikut tiga kategiri berdasarkan keputusan ujianGuru-guru yang tidak mencapai kemahiran yang ditetapkan,latihan separuh masa akan diberikan.Kementerian bersedia melatih 5 000 guru BI dalam 100 hari.

Ketiga ialah inisiatif Sarana Ibu Bapa ke 10 000 sekolah untuk meningkatkan kesedaran,sokongan dan kerjasama dalam kalangan ibu bapa akan dilaksanakan.

Insiatif keempat ialah melancarkan Video e-Guru untuk ditonton di semua sekolah.Diperkenalkan menerusi program pembangunan profesionalisme baharu dengan mewujudkan perpustakaan video e-Guru ang menyediakan koleksi contoh pengajaran terbaik.Menerusinyanya juga guru mendapat gambaran bersifat amali tentang amalan pengajaran dan berharap akan dimanfaatkan bagi menjayakan dasar Sains, Teknologi,Kejuruteraan dan Matematik.

Kementerian berusaha meningkatkan kemahiran berfikiran aras tinggi(HOTS) dalam kalangan murid.Latihan HOTS diberikan kepada 31 000 guru Sains dan Matematik Tingkatan satu hingga tiga dan berharap 20 peatus soalan Ujian Prncapaian Sekolah Rendah(UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah adalah soalan pemikiran aras tinggi.

Program i-Think pula lebih fokus dalam pembelajaran,kemahiran penaakulan meningkat dan berupaya menjawab soalan aras tinggi.Untuk itu 2 500 orang guru dan 500 buah sekolah akan diberi latihan. Peningkatan pencapaian murid dalam kepimpinan sekolah dan kualiti guru diberi tumpuan menerusi Linus 2.0 merangkumi literasiBI,piagam dan pakej guru serta pelaksanaan PelanInduk Pembangunan Profesional Berterusan.

Sember: http://news.abnxcess.com/bm/2013/01/4-inisiatif-dalam-pelan-pembangunan-pendidikan-malaysia-dalam-100-hari/








No comments:

Post a Comment