Monday, 11 March 2013

Garis panduan dan etika penggunaan internet.

Pengenalan

Etika komputer merupakan satu bidang berkaitan dengan penggunaan komputer dengan betul.Hak peribadi individu,ketepatan dan kesahihan maklumat,harta intelek dan capaian adalah antara isu yang membabitkan etika penggunaan.

Isi Kandungan


  • Tujuan Penggunaan Internet
  • Objektif
  • Prinsip
  • Etika
  • Rukun Etika
  • Tatacara Penggunaan Internet
  • Isu Etika
  • Ciri Profesionalisme
  • Kod Etika
  • Kerangka Kod
  • Kod Etika Profesional
Tujuan Penggunaan Internet
'Etika penggunaan internet'atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai'Acceptable Use Policy'(AUP)bertujuan memdidik pengguna mengenai tatacara penggunaan internet yang baik.

Objektif
  1. Mengetahui masalah moral dan isu etika komputer
  2. Memahami prinsip etika komputer
  3. Memahami etika profesional teknologi maklumat
  4. Mengetahui fungsi kod etika profesional
  5. Keperluan etika komputer
Prinsip
  1. Keseimbangan -Kebaikan yang dibawa teknologi maklumat mestilah lebih baik daripada risiko dan                            keburukan.
  2. Keizinzn Makluman - Mereka yang menerima kesan teknologi maklumat mesti faham dan menerima risiko yang mungkin akan dihadapi.
  3. Keadilan -Manfaat dan keburukan mestilah diterima oleh pengguna secara adil.
  4. Meminimumkan Risiko - Teknologi maklumat mestilah dilaksanakan dengan mengelak dan meminimumkan risiko yang tidak berkaitan agar manfaat yang diterima lebih daripada risiko.
Etika
  • Etika komputer ialah satu bidang penggunaan komputer yang betul(panduan)
  • Hak peribadi individu,ketepatan dan kesahihan maklumat,harta intelek dan capaian adalah antara isu yang membabitkan etika penggunaan komputer dalam era maklumat.(Penggunaan TM + Tidak Bertanggungjawab = Isu Etika)
Rukun Etika
  • Tidak menggunakan Komputer untuk membahayakan orang lain.
  • Tidak mengganggu kerja dan menceroboh fail komputer orang lain
  • Tidak menggunakan komputer untuk mencuri dan menipu
  • Tidak menggunakan atau menyalin perisian secara tidak sah(cetak rompak)
  • Tidak menggunakan sumber atau hasil intelektual orang lain tanpa kebenaran atau untuk diri sendiri
  • Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan
Tatacara Penggunaan Internet
a. Hak Ekses Pengguna
  • Hak ekses hendaklah dilihat sebagai satu kemudahan yang disediakan oleh JPN untuk membantu melicinkan pentadbiran atau memperbaiki perkhidmatan yang disediakan
  • Pengguna harus mengambil maklum bahawa semua aset ICT di bawah kawalannya(termasuk maklumat)adalah hak milik kerajaan
b. Privasi Pengguna
  • Setiap pengguna hendaklah menghormati privasi pengguna lain dengan tidak menimbulkan sebarang gangguan seperti mencapai fail,memecah kata laluan,memasuki sistem komputer dan mengubah komponen perisian tanpa kebenaran
c. Mengenal Pasti Identiti Pengguna
  • Setiap pengguna perlu mengenal pasti dan mengesahkan identiti pengguna yang berkomunikasi dengannya dan transaksi maklumat melalui internet
  • Ini bertujuan untuk melindungi maklumat kerajaan daripada sebarang bentuk penyalahgunaan
d. Memilih Laman
  • Laman yang dilayari hendaklah hanya berkaitan dengan bidang kerja dan terhad untuk yang dibenarkan sahaja
e. Pengesahan Maklumat
  • Bahan yang diperoleh dari internet perlu ditentukan ketetapan dan kesahihannya.
  • Sebagai amalan baik,rujukan sumber internet hendaklah juga dinyatakan
f. Muat Naik Bahan(Upload)
  • Bahan rasmi yang hendak dimuat naik ke internet perlu disemak dan mendapat pengesahan daripada ketua jabatan sebelum dimuat naik
g. Muat Turun Bahan(Download)
  • Tindakan memuat turun hanya dibenarkan ke atas bahan yang sah dan berdaftar di bawah hak cipta terpelihara
h.Perbincangan Awam
  • Hanya kakitangan JPN yang mendapat kebenaran boleh melibatkan diri dan menggunakan kemudahan ini
  • Kandungan perbincangan awam seperti newsgroup dan buletin mesti mendapat kebenaran pengesahan ketua jabatan
  • Setiap maklumat yang dikongsi melambangkan imej jabatan.Oleh itu,setiap pengguna mesti bertindak dengan bijaksana,jelas dan berupaya mengekalkan konsisteni dan keutuhan maklumat berkenaan
Isu Etika
  1. Tidak nampak kesan dan masalah moral dari aspek sosial pengkomputeran
  2. Pengetahuan dan penggunaan kurang mendalam dalam komputer berbanding mereka yang arif dalam bidang tersebut
  3. Kurang arif tentang undang-undang siber
  4. Orang awam tidak menerima impak yang hebat berkaitan dengan isu etika komputer
  5. Kurangnya pendedahan dalama pengaruh,kegunaan dan kuasa yang ada pada komputer
Ciri Profesionalisme
  1. Harus ada perkhidmatan penting dalam matlamat yang jelas untuk masyarakat dan negara
  2. Menggunakan banyak keupayaan dan kebolehan intelek semasa menjalankan tugas
  3. Mendapat latihan dalam jangka masa tertentu
  4. Harus ada kuasa autonomi semasa menjalankan tugas kerana anggota dalam sesuatu kumpulan profesional adalah pakar dalam bidang tertentu
  5. Mementingkan mutu perkhidmatan dan dedikasi tanpa mementingkan keuntungan(gaji)semasa menjalankan tugas
  6. Mempunyai tatasusila perkhidmatan oleh anggota dalam kumpulan profesional
Kod Etika
  1. Inspirasi dan panduan
  2. Pencegahan
  3. Memelihara maruah profesion
  4. Memelihara keharmonian
  5. Sokongan
Kerangka Kod Etika
Kebersendirian
  • Maklumat tentang seseorang yang boleh diketahui oleh orang lain
  • Jenis pengawasan yang boleh dilakukan majikan ke atas kakitangan
  • Perkara yang boleh disimpan secara peribadi dan tiada paksaan untuk makluman kepada orang lain
Ketepatan Maklumat
  • Bertanggungjawab tentaang ketulenan,kesetiaan,ketepatan maklumat yang dikumpul
  • Memastikan maklumat yang diproses dengan sempurna dan dipersembahkan dengan tepat kepada pengguna
  • Siapa yang dipertanggungjawabkan bagi ralat dalam maklumat,bagaimana pihak yang terjejas boleh dirampas
Hak Milik
  • Siapa miliki maklumat
  • Harga berpatutan sebagai pertukaran maklumat
  • Bagaimana mengendali hak cipta perisian dari cetak rompak
  • Bila pengkalan data yang mempunyai hak milik boleh digunakan
  • Bolehkah komputer korporat digunakan tujuan peribadi
  • Bagaimanakah pakar yang berpengetahuan untuk mencipta sistem pakar diberi pampasan
  • Bagaimana akses kepada saluran maklumat diperuntukan
Capaian
  • Siapa dibenarkan mengakses maklumat
  • Berapa bayaran perlu dikenakan kerana membenarkan capaian maklumat
  • Bagaimana capaian tersebut disediakan kepada kakitangan yang tidak upaya
  • Siapakah yang diberi peralatan yang diperlukan untuk mencapai maklumat
  • Adakah hak yang dimiliki oleh individu atau organisasi untuk mendapat keistimewaan memperoleh maklumat dan jaminan
Kod Profesional
  1. Mengelakkan kemusnahan dan kemudaratan kepada sesiapa.Contohnya menyebarkan virus
  2. Menyumbang kepada masyarakat dalam reka bentuk produk baru bagi memudahkan penggunaan komunikasi
  3. Menghormsti sesuatu yang dianggap rahsia dan tidak menyebarkannya
  4. Bersikap adil dan tidak menindas
  5. Menghormati hak cipta dan hak kebersendirian orang lain
RUJUKAN
  1. http://akubit blogspot.com/2012/01/tajuk-3-aplikasi-garis-panduan-dan.html
  2. http://www.slideshare.net/fazrirahim/etika-penggunaan-internet-11777672
  3. http://anakelate.tripod.com/etika internet.txt
  4. http://www.slideshare.net/anaiyl91/etika-penggunaan-internet-11896802

No comments:

Post a comment